بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hari ini Uyul nak buat review Lacte Duet Electric Breastpump
Maaf sangat sebab delay review. Last week sedikit sibuk ^_^
Dapat breastpump hari Jumaat ,22 Aug. tapi Isnin hari kerja baru dpt test drive breastpump.hahahaha
- Bunyi memang senyap & acceptable, Uyul pump dalam office letak pump atas meja office je. xperlu sorok dlm laci :). compare to FS, Lacte ni memang lg ok bunyi dia :)
- Size pump, agak cute besar tapak tangan. tapi lau compare ngn FS memang Lacte besar sikit . leh refer gambar
- Suction, siapa kata suction Lacte ni soft tahap tak rasa..muahaha. sikit punya kuat sedut.hehehe . Uyul selalu kat FS pakai level 4 untuk expression. Guna Lacte guna level 1 atau 2 je. ( sebenarnya cik nipp dah berumur. oversensitip. sakit pakai suction level tinggi tinggi.hahaha)
- Lacte Duet ni guna electric direct. power adapter included, nak guna power bank pun boleh, yang Uyul beli ada cable included :)
- dari segi senang atau tak nak cuci, compare tu Medela FS.... hurmm sama je. dua dua ada bahagian sempit yang unreachable by hand ( kat bahagian sambung corong) . kena guna berus straw yang halusss je.
- corong Lacte Duet ni soft silicon, memang agak selesa sebab lembut je :)
- dari segi production susu, sama macam bila pakai FS :)
- Lacte ni ada function yang best sangat sebab boleh control suction kiri & kanan asing. ada dua motor dalam dia. leh set breast kiri nak level 3, breast kanan nak level 7 ke. terpulang pada kesesuaian
- pump ni default size wide neck. tapi bagusnya dia provide sekali 2 set wide neck converter. tak yah susah beli asing asing. ;)
- bila pakai untuk pump agak bulky sikit. cover ngan ESD coat nampak tersembul keluar 2 gunung.hahaha. lau pakai fs tak obvious sangat. tapi apa pun ni masalah kecil je :)
conclusion : pump Lacte Duet ni memang worth to buy. harga affordable. accessories banyak. user friendly. motor pump senyap.
ok dah panjang bebel. jum layan gambar :)
bahagian kotak depan
bahagian kotak belakang
packing yg kemas
2 tube , 4 spare membrane
yang ni bottle cover dengan wide neck converter
ada 2 unit.
ini contoh bila Uyul buka
yg ni guna untuk convert ke bottle biasa
yg kat bawah leh guna untuk tutup botol
2 set puting menyusu dengan ring base
pump yg suci murni :)
perbandingan size Lacte dengan Medela FS
corong cover, dah selesai pump boleh cover utk kebersihan
corong leh cabut
corong/ flange silicon yang lembut ^_^